Akademi Al fan ditubuhkan pada hari Sabtu, 10 Febuari 2007 bersamaan 22 Muharam 1428 H, di Bandar Kinrara.
Al fan menawarkan kursus-kursus Elektif, Akademik dan program Cuti Sekolah.
Di samping itu, Al fan juga menawarkan perkhidmatan seperti Kelas Renang, Kelas Memanah Islamik Klasik, Kelab Kompang
dan juga kemudahan seperti Mini Perpustakaan & Media.
Al fan mengalu-alukan penyertaan daripada kanak-kanak
sehinggalah ke dewasa. Disamping menawarkan Konsep Unik & Yuran Terendah,
MISI & VISI Akademi Al fan ialah:
1.) Mengajar kerana berilmu, berkebolehan, dan berminat untuk mencurahkan ilmu.
2.) Membantu masyarakat mengisi ruang waktu dengan aktiviti yang berfaedah.
3.) Membantu masyarakat menimba ilmu pengetahuan di dalam suasana yang menitikberatkan pendidikan sahsiah, kesopanan, dan ukhwah sesama manusia.
4.) Guru perlu menanam iktikad, sesungguhnya kejayaan pelajar adalah dengan izin tuhan.
Oleh itu, guru-guru perlu sentiasa ikhlas & mendoakan kejayaan pelajarnya.
(Semuga Allah membalas segala budi dan jasa guru di dunia & Akhirat, amin.)
Kami juga menyediakan kelas yang kondusif dan
persekitaran yang menarik di Kinrara.

Laman web Akademi Al fan (www.akademialfan.com) yang baru telah
dilancarkan secara rasmi pada 1 May 2008, dalam majlis yang
sederhana bertempat di Bukit Jalil Golf & Country Resort.